My Add

Monday 1 October 2012

Penipuan Internet akibatkan kerugian lebih RM420,000

KUANTAN, ISNIN, 01 Oktober, 2012: Penipuan Internet di Pahang bagi tempoh Januari hingga September lalu melibatkan kerugian RM421,248.80, kata Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Pahang, DSP Muhammad Rizal Kamarudin.

Beliau berkata, jumlah berkenaan membabitkan 110 kes yang dilaporkan oleh mangsa.

Katanya, tiga jenis kes paling banyak mendapat aduan adalah penipuan pembelian barangan melalui laman web internet dan ‘Macau Scam’.

"Kes penipuan gores dan menang menduduki carta ketiga paling banyak dilaporkan di negeri ini dengan semua mangsa terdiri daripada pelbagai kaum dan peringkat usia," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, bagi kes penipuan pembelian barang melalui laman web di internet, pihaknya menerima 88 aduan daripada mangsa membabitkan kerugian sebanyak RM110, 658.30 sepanjang tempoh berkenaan.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment