My Add

Monday 1 October 2012

Penjenayah semakin ganas - Tun Hisan

KUALA LUMPUR, AHAD, 30 September, 2012: Polis bimbang trend penjenayah kebelakangan ini yang disifatkan tiada sifat perikemanusiaan dan sanggup bertindak ganas termasuk mencederakan sesiapa sahaja ketika melakukan jenayah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, berdasarkan kes-kes yang berlaku, penjenayah tidak mempertimbangkan keadaan mangsa dan mencederakan mereka meskipun tidak melawan.

“Kita bimbang penjenayah akan mencederakan mangsa tanpa mempertimbangkan keadaan mereka (tidak melawan).

“Ini menunjukkan penjenayah semakin hilang pertimbangan sekarang. Oleh itu, saya nasihatkan orang ramai berhati-hati dan berhubung dengan polis jika mengesan sesuatu yang mencurigakan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika menutup penganjuran acara sukan sepak takraw Piala Ketua Polis yang menyaksikan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya menjadi juara di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Taman Cempaka, dekat sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment