Oleh HASHNAN ABDULLAH
PUTRAJAYA, AHAD, 30 September, 2012: Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi percaya peruntukan Bajet 2013 sebanyak RM432 juta untuk program penanaman semula pokok kelapa sawit mampu melonjakkan kembali harga komoditi itu di pasaran antarabangsa.
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, ini kerana dengan peruntukan tersebut sudah pasti mampu memberi impak yang besar kepada aktiviti huluan dan hiliran industri tersebut.
Beliau berkata, ditambah pula dengan adanya beberapa perayaan dan festival utama dalam tempoh terdekat ini, sudah pasti permintaan terhadap minyak masak sawit akan meningkat.
''Dari segi pasaran dunia, harga minyak sawit mentah (MSM) telah mengalami penurunan kerana kelembapan ekonomi negara-negara pengimport, khususnya di benua Eropah dan juga peningkatan pengeluaran minyak soya di Amerika Syarikat (AS). - UTUSAN

No comments:
Post a Comment