My Add

Monday 29 October 2012

PROTON meterai Perjanjian Kerjasama dengan Honda

KUALA LUMPUR, ISNIN, 29 Oktober, 2012: DRB-HICOM ingin mengumumkan PROTON Holdings Bhd (Proton Holdings), anak syarikat milik penuh sudah memeterai Perjanjian Kerjasama dengan Honda Motor Co, Ltd (Honda Motor) hari ini.

Honda Motor, kumpulan automotif yang diperbadankan di Jepun adalah salah satu pengeluar kereta global yang terkemuka dan pengedar kenderaan bermotor di bawah nama jenama Honda.

DRB-HICOM menerusi kenyataannya di Bursa Malaysia berkata, di bawah perjanjian itu, PROTON Holdings dan Honda Motor akan meneroka peluang kerjasama dalam bidang peningkatan teknologi, pengenalan barisan produk baru, perkongsian platform dan kemudahan.

Perjanjian itu menandakan potensi kerjasama strategik jangka panjang dengan Honda Motor.

Memiliki kerjasama dengan peserta automotif global yang kuat dan terkenal seperti Honda Motor sebagai rakan kongsi strategik asing untuk PROTON Holdings akan memberikan kelebihan kepada syarikat kereta nasional itu serta Kumpulan DRB-HICOM dengan peluang untuk berkembang sebagai Pengeluar Peralatan tulen (OEM).

DRB-Hicom menyifatkan OEM sebagai peluang yang tidak berkesudahan.

Kerjasama ini akan memberikan kesan positif kepada PROTON Holdings dan Kumpulan DRB-HICOM dalam jangka masa panjang. - BH

No comments:

Post a Comment