My Add

Monday, 1 October 2012

Remaja terlibat kes tembak polis serah diri

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
KUALA LUMPUR, ISNIN, 01 Oktober, 2012: Seorang remaja yang sedang diburu pihak polis bagi membantu kes tembak yang mencederakan dua anggota polis peronda, Rabu lalu, menyerah diri di Balai Polis Kepong, di sini pagi tadi.

Suspek berusia 17 tahun yang dipercayai tinggal Taman Wahyu, Jinjang itu telah diedarkan gambar oleh pihak berkuasa, semalam.

Seorang lagi suspek, Wan Fadrulzaman Wan Mohamad Fadil, 30, yang beralamat terakhir di Mentakab, Pahang, masih lagi dikesan.

Semalam, polis menembak mati seorang daripada tiga suspek yang dipercayai terlibat menembak dua anggota polis peronda berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi, suspek berusia 32 tahun cuba meloloskan diri apabila kereta Proton Waja dipandunya ditahan untuk pemeriksaan berhampiran Pusat Beli-belah Mid Valley. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment