Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
KUALA LUMPUR, SELASA, 09 Oktober, 2012: Isu pertindihan saman kesalahan lalu lintas dijangka selesai selepas tujuh agensi penguat kuasa undang-undang jalan raya menandatangani prosedur operasi standard (SOP) berhubung penyelarasan penguatkuasaan jalan raya di sini hari ini.
Perjanjian itu ditandatangani Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Putrajaya.
Selain menangani rungutan dan kekeliruan orang ramai berhubung isu saman bertindih, penyelarasan itu juga bagi mengelak pertindihan bidang kuasa dalam kalangan agensi terbabit terutama ketika menjalankan operasi. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment