My Add

Wednesday 24 October 2012

'Sesal sepanjang hayat saya'


 *JOY Pretorius di Mahkamah Tinggi,
Shah Alam, semalam.
SHAH ALAM, SELASA, 23 Oktober, 2012: "Saya tidak pernah menyangka seorang kawan boleh melakukan perkara sebegini kepada saya. Saya menyesali perkara ini sepanjang hayat saya."

Itu merupakan antara rayuan seorang ibu muda warga Afrika Selatan sebelum Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atasnya selepas mengaku bersalah atas tuduhan pilihan memiliki dadah jenis methaphetamine seberat hampir 1.8 kilogram, Mac tahun lalu.

Hakim Datuk Nurchaya Arshad menjatuhkan hukuman tersebut selepas menerima pengakuan salah daripada Joy Pretorius, 25, yang merupakan ibu kepada seorang anak perempuan berusia empat tahun.

Pada 31 Mac tahun lalu, tertuduh yang bekerja sebagai jurujual di negara asalnya didakwa mengedar dadah tersebut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment