My Add

Tuesday 2 October 2012

Sindiket jamin lulus tumpas

Oleh Wan Noorhayati Wan Alias
BATU GAJAH, ISNIN, 01 Oktober, 2012: Seramai tujuh 'orang tengah' sindiket jamin lulus yang menjalankan kegiatan memperbaharui cukai jalan kenderaan diseludup dan yang lebih tempoh setahun tanpa pemeriksaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Puspakom, diberkas dalam satu operasi di sini hari ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya turut membongkar rahsia salah seorang daripada mereka yang mampu hidup mewah dengan memiliki sebuah rumah bernilai RM1.5 juta.

Dalam operasi itu, SPRM juga memperoleh pengakuan suspek bahawa ia telah menjalankan kegiatan tersebut sejak 15 tahun lalu.

Suspek berusia 50-an itu ditahan di sebuah stesen minyak di Taman Pusing Perdana di sini pukul 2.50 petang selepas dipercayai menerima sejumlah wang suapan daripada pelanggan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment