My Add

Tuesday 2 October 2012

Mampu capai sasaran 5 peratus

KUALA LUMPUR, ISNIN, 01 Oktober, 2012: Ekonomi Malaysia mampu mencapai sasaran pertumbuhan antara 4.5 hingga lima peratus tahun ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K. Devamany berkata, pertumbuhan itu disokong oleh pelaksanaan lebih banyak projek pembangunan sektor awam dan swasta selain peningkatan pendapatan boleh guna rakyat menerusi beberapa intensif dalam Bajet 2013.

"Ekonomi negara berjaya mencatat pertumbuhan kukuh daripada 4.9 peratus pada suku pertama kepada 5.4 peratus pada suku kedua tahun ini.

"Walaupun persekitaran ekonomi global lemah, pertumbuhan tinggi dicapai melalui langkah menggiatkan ekonomi dalam negeri terutama usaha meningkatkan pelaburan swasta serta pendapatan boleh guna," katanya menjawab soalan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Devamany, prestasi ekonomi negara bagi suku tahun ini adalah lebih baik berbanding Singapura (dua peratus), Thailand (4.2 peratus) dan Vietnam (4.4 peratus).

Jelas beliau, negara ASEAN lain yang mempunyai tahap keterbukaan sektor luar yang rendah seperti Indonesia dan Filipina berjaya mencatatkan pertumbuhan yang lebih tinggi pada kadar 6.4 peratus dan 5.9 peratus disokong terutamanya oleh pertumbuhan kukuh ekonomi dalam negeri. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment