*NAJIB Tun Razak menyampaikan ucapan perasmian semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia 2012, di Menara PGRM, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN |
Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR, KAMIL MASLIH dan SYUKRI SHAARI
KUALA LUMPUR, AHAD, 30 September, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Gerakan memperbaharui semangat perjuangan parti itu terutama di Pulau Pinang bagi merampas kembali negeri tersebut daripada DAP.
Kata beliau, dengan cara itu Gerakan mampu membuktikan parti itu merupakan sebuah rakan kongsi yang baik dan berguna kepada Barisan Nasional (BN).
Menurutnya, Gerakan serta parti komponen BN yang lain tidak perlu takut memasuki gelanggang dan bertarung berhabis-habisan pada pilihan raya umum nanti demi memastikan kejayaan BN.
Jelasnya, usaha itu perlu disertakan dengan strategi yang baik serta kerja keras dan kerjasama di dalam parti serta dengan komponen BN lain.
"Cabaran bukan waktu kita senang, tetapi cabaran sebenar dan terbesar apabila kita bangkit ketika dalam keadaan tertekan dan itulah yang akan kita lakukan," katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan, di sini hari ini.
Seruan Najib merangkap Pengerusi BN itu disambut dengan tepukan dan sorakan bersemangat kira-kira 1,800 perwakilan Gerakan yang hadir.
Katanya, usaha merampas kembali Pulau Pinang daripada DAP boleh dilakukan berdasarkan rekod cemerlang Gerakan dan BN memerintah negeri itu sebelum 2008.
Jelasnya, operasi pelbagai syarikat multinasional seperti Western Digital dan Motorola di negeri itu bermula semasa era pentadbiran BN manakala ada sesetengahnya berkembang secara kebetulan ketika negeri itu diperintah DAP selepas 2008.
Dalam pada itu, Najib memberi jaminan Pulau Pinang akan kembali ditadbir Gerakan sekiranya BN menang sekalipun jika strategi memerlukan calon UMNO ditampilkan melebihi calon Gerakan pada pilihan raya umum akan datang.
"Kita telah lama mempunyai persefahaman itu dan akan terus memegang kepada persefahaman tersebut," katanya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment