My Add

Monday 1 October 2012

Yakin Bajet 2013 mampu tingkat keselamatan negara

KUALA LUMPUR, AHAD, 30 September, 2012: Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin keadaan keselamatan negara akan bertambah baik setelah menerima pelbagai insentif dalam Bajet 2013.

Pengerusi Urus Setia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PDRM, Datuk Ayub Yaakob berkata, insentif tersebut yang kebanyakannya khusus untuk membanteras jenayah membuktikan bahawa kerajaan komited menjaga keselamatan rakyat dan negara.

Beliau berkata, peruntukan bagi tujuan meningkatkan NKRA dan menampung pelbagai operasi mencegah jenayah itu boleh dianggap sebagai hadiah kepada rakyat.

"Bagi PDRM, kita cukup gembira apabila diberi pengiktirafan terhadap apa yang telah dilakukan dalam fasa pertama NKRA sebelum ini.

"Selepas ini, kita akan menggunakan insentif-insentif yang diberikan itu untuk meneruskan fasa kedua NKRA yang memberi tumpuan kepada jenayah pecah rumah, ugutan dan gangsterisme," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment