My Add

Monday 1 October 2012

Terbuka untuk selesaikan masalah dalaman

KUALA LUMPUR, AHAD, 30 September, 2012: Masalah dalaman Parti Gerakan tidak semestinya menjejaskan kedudukan parti itu kerana ahli-ahlinya sentiasa bersikap terbuka untuk bersama-sama menyelesaikan setiap isu yang timbul.

Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn berkata, setiap organisasi tidak kira parti politik atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak terlepas daripada masalah dalaman dan begitu juga institusi keluarga.

"Kalau hendak cakap masalah dalaman, pakatan pembangkang adalah jauh lebih teruk tetapi bagi kita, apa yang penting adalah bagaimana untuk menguruskan dan menyelesaikan masalah itu.

"Jangan masalah itu menakutkan kita kerana tumpuan utama kita adalah bagi mempersiapkan parti untuk menghadapi pilihan raya yang tidak lama sahaja lagi," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment