*TAN Lian Hoe (tiga dari kanan) bersama perwakilan lain mengangkat tangan tanda bersatu pada Persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan di Kuala Lumpur, semalam. |
Dengan cara itu katanya, Gerakan akan dilihat kembali 'hidup' berbanding dalam keadaan 'nyawa-nyawa ikan' seperti yang disifatkan banyak pihak ketika ini.
"Kalau pemimpin sudah lama berada di tampuk pemerintahan atau di bahagian tetapi ada orang baru yang berwibawa, kita perlu bagi platform, supaya parti kita bernyawa lagi.
"Kita tidak mahu orang kata parti kita 'nyawa-nyawa ikan' hanya disebabkan warlord dalam parti mahu berjaya dalam pemilihan parti dan mahu kawal parti ini," katanya ketika Perbahasan Ucapan Presiden pada Persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan di sini hari ini.
Pada persidangan Gerakan tahun lalu, Lian Hoe yang terkenal sebagai pemimpin bersuara lantang meminta Presiden, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang demi survival parti.
Dalam pada itu, Lian Hoe yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberitahu, Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat lalu antara lain bertujuan mewujudkan keadaan '1Malaysia 1Harga'.
Katanya, program penyeragaman harga itu membolehkan kerajaan memberi subsidi pengangkutan kepada syarikat perkapalan tempatan bagi menyelaraskan harga barangan antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. - ITUSAN
No comments:
Post a Comment