My Add

Tuesday 2 October 2012

Tiga wakil Suaram jumpa ROS

KUALA LUMPUR, ISNIN, 01 Oktober, 2012: Tiga individu penting Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Dr. Kua Kia Soong; R. Sivarasa dan Cynthia Gabriel bersetuju bersemuka dengan pihak Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dalam masa terdekat.

Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, perkara itu dimaklumkan individu terbabit kepadanya baru-baru ini selepas masing-masing menerima notis daripada ROS.

“Persetujuan ketiga-tiga individu itu menunjukkan mereka telah membuka saluran komunikasi yang baik meskipun sebelum ini memberi reaksi amat berbeza terhadap ROS.

“Setakat ini, saya belum bersemuka dengan mereka. Kami hanya berkomunikasi menerusi saluran lain. Kita berbesar hati kerana mereka dapat memberi reaksi yang baik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Suaram sebelum ini dikritik banyak pihak apabila menghalang empat pegawai ROS memasuki pejabat pertubuhan tidak berdaftar itu di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini bagi mendapatkan dokumen untuk membantu siasatan mengikut Akta Pertubuhan 1966. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment