My Add

Tuesday 2 October 2012

KDN diperintah pertimbang semula permit akhbar Malaysiakini

KUALA LUMPUR 1 Okt. - Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) hari ini membatalkan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang tidak mempertimbangkan permohonan pengendali laman berita Malaysiakini untuk menerbitkan akhbar harian.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim dalam penghakimannya menyatakan, alasan KDN bahawa hak untuk menerbitkan adalah satu keistimewaan adalah satu salah tafsir kerana penerbitan tersebut sebahagian daripada hak kepada kebebasan bersuara.

Menurut beliau, tindakan KDN untuk tidak memberikan sebarang alasan kepada Mkini Dotcom Sdn. Bhd. (Mkini Dotcom) juga bertentangan dengan keadilan asasi.

Oleh itu, mahkamah mengarahkan agar permohonan Mkini Dotcom untuk mendapatkan permit penerbitan akhbar dirujuk semula kepada kementerian tersebut untuk dipertimbangkan secara undang-undang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment