My Add

Monday, 1 October 2012

UMNO minta projek PR1MA di P. Pinang

NIBONG TEBAL, AHAD, 30 September, 2012: UMNO Pulau Pinang akan meminta kerajaan Pusat melaksanakan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di negeri ini bagi membolehkan rakyat memiliki rumah sendiri.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, pembinaan rumah itu diperlukan kerana kerajaan DAP tidak memberi perhatian kepada perkara tersebut meskipun selepas empat tahun memerintah negeri berkenaan.

Kata beliau, pihaknya melalui JKP Sdn. Bhd. (JKP) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) sedia bekerjasama dengan PR1MA dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi tujuan itu.

“Kalau boleh kita mahu membina rumah pangsapuri yang mampu dibeli rakyat negeri ini dan bukannya membina rumah mewah," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Bajet 2013 semalam berhubung peruntukan sebanyak RM1.9 bilion untuk membina 123,000 unit rumah yang bakal dilaksanakan PR1MA, SPNB dan Jabatan Perumahan Negara Berhad.

Zainal Abidin berkata, JKP sendiri akan membina 2,000 unit rumah berharga di bawah RM200,000 yang mampu dibeli rakyat negeri ini berbanding projek pembinaan rumah mewah yang dibina kerajaan negeri melebihi RM500,000.

Menurut beliau, pihaknya yakin dapat melaksanakan projek tersebut bagi memenuhi permintaan rakyat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment