My Add

Monday 1 October 2012

Jangan taksub kepada parti

Oleh HELMI MOHD. FOAD
SHAH ALAM, AHAD, 30 September, 2012: Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak terlalu taksub kepada pemimpin dan parti politik yang mereka anggotai sehingga sanggup membiarkan perpecahan berlaku semasa sendiri.

Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria menegaskan, mereka boleh berbeza pendapat tetapi perlu dipastikan ia tidak menimbulkan perselisihan faham dan memutuskan persaudaraan Islam yang menjadi tonggak ajaran agama.

"Orang Melayu bergaduh dan bertelagah bukan kerana harta atau perempuan tetapi demi untuk merebut kuasa sedangkan dulu orang Melayu 500 tahun dijajah mereka taksub kepada agama hingga terpaksa diberikan kemerdekaan.

"(Sekarang) Oleh kerana kelemahahan kita dan ketinggalan dalam ekonomi dan sebagainya, maka kita tidak berjaya dominasi ekonomi sehingga menjadikan orang Melayu dan Islam terhimpit," katanya pada program Himpunan ke arah Penyatuan Umat di Kompleks Taman Seni Islam Selangor di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment