Oleh JAMLIAH ABDULLAH
![]() |
*SAYA MASIH KUAT... Tan Show Kang melakukan sepakan Kungfu sambil disaksikan S. Manikumar selepas mengadakan sidang akhbar mengumumkan peletakkan jawatan mereka dalam parti di Wisma Darul Aman, Alor Setar hari ini. Aksi itu dilakukan bagi menunjukkan kepada pimpinan pakatan pembangkang bahawa beliau masih kuat dan layak untuk dicalonkan semula, sekali gus menepis alasan kononnya masalah kesihatan menjadi punca dia disingkir daripada bertanding di DUN Sidam pada PRU-13. - UTUSAN/SAFRIZAL AZMI |
Pengumuman tersebut dilakukan sendiri oleh exco terbabit iaitu Datuk S. Manikumar, Tan Chow Kang dan Lim Soo Nee yang meletakkan semua jawatan mereka serta merta hari ini.
Menurut Manikumar, keputusan meletakkan jawatan tersebut dibuat bagi menjaga maruah mereka yang didakwa dikhianati oleh parti.
"Kami bela parti daripada sejemput kini jadi sekawah. Bukan kami yang mengkhianati parti tetapi parti yang mengkhianati kami. Kami tidak diberikan peluang, saya pun tak tahu apa percaturan politik di peringkat atasan dan tangan-tangan ajaib mana yang menentukan hala tuju parti kini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Manikumar merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Lim Soo Nee (Kulim) dan Tan Chow Kang (Sidam). - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment