Oleh AZMAN IBRAHIM
KUALA LUMPUR, ISNIN, 29 April, 2013: Pas disifatkan tidak jujur dalam membuat kutipan derma menggunakan nama Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu apabila menggunakan nombor akaun parti sendiri, sebaliknya bukan nombor akaun khas.
Penganalisis politik, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, tindakan Pas itu telah mengelirukan orang ramai.
Malah, katanya, menggunakan nombor akaun parti bagi memungut derma adalah salah kerana mencampuradukkan wang parti dan wang derma.
"Para penderma juga tidak dapat mengetahui sama ada wang derma mereka akan disalurkan kepada orang yang yang betul atau bagi kegunaan lain.
"Kewibawaan Pas kini diragui dan mula menimbulkan syak wasangka orang ramai. Juruaudit kewangan perlu dilantik bagi melihat perkara itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Online ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai tindakan parti Pas yang menggunakan nombor akaun parti sendiri iaitu akaun Maybank 564025400414 bagi membuat kutipan derma dengan nama Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu.
Kutipan Tabung Lahad Datu dengan nombor akaun tersebut kini dipaparkan berleluasa menerusi kain-kain rentang yang dipasang di seluruh negara.
Tambah Zainal Abidin, tindakan Pas yang menggunakan nombor akaun parti untuk membuat kutipan derma Lahad Datu boleh dipersoalkan kerana boleh berlaku aktiviti penyelewengan.
Katanya, perkara itu secara tidak langsung telah membuktikan Pas tidak mampu mengurus kewangan dan pentadbiran parti dengan betul.
"Bagaimana hendak memerintah negara sekiranya menimbulkan keraguan orang ramai terhadap kutipan derma mereka," ujarnya. - UTUSAN ONLINE
![]() |

No comments:
Post a Comment