My Add

Tuesday, 30 April 2013

Malaysia di landasan capai pertumbuhan KDNK 5.0 hingga 6.0% 2013 - Zeti

KUALA LUMPUR, ISNIN, 29 April, 2013: Malaysia kini berada pada landasan untuk mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 5.0 peratus hingga 6.0 peratus pada tahun ini, yang dipacu oleh permintaan domestik yang kukuh dan aliran masuk pelaburan walau pun berlaku kemelesetan di China.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, bank pusat itu telah memasukkan risiko dari kemelesetan global di dalam unjurannya dan keadaan di China tidak akan memberi kesan kepada sasaran KDNK sepanjang tahun ini.

"Ini (risiko global) telah diambil kira di dalam unjuran kami tetapi jika merosot lebih jauh, sudah tentu ia akan memberi kesan kepada kita," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Biasiswa Kijang Emas kepada para pelajar cemerlang terpilih di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment