My Add

Tuesday, 30 April 2013

PRU-13: Ketua Puteri UMNO Tenggara kemalangan lepas balik kempen

Oleh FARIK SALLEH

 *HALIMAH Mohamed Sadique membantu Nor Alohan Abd. Ghani yang kemalangan di Kilometer 33.6 Jalan Kulaijaya-Kota Tinggi di sini petang semalam. - UTUSAN/FARIK SALLEH
KOTA TINGGI, ISNIN, 29 April, 2013: Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagaian Tenggara, Anita Murad, berdepan detik cemas apabila terbabit dalam kemalangan di Kilometer 33.6 Jalan Kulaijaya - Kota Tinggi, semalam namun kini berada dalam keadaan stabil.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, mangsa berusia 36 tahun yang juga kakak kepada pelawak, Mamat Sepah, sedang memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ssangyong Rexton bersama dua rakannya sebaik selesai membantu kempen bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Mamat ketika ditemui berkata, kakaknya yang dikejarkan ke Hospital Kota Tinggi (HKT) berada sedang beransur pulih selepas mendapat kecederaan di bahagian kepala dan bahu dalam kemalangan tersebut.

"Bagaimanapun, seorang daripada rakan kakak yang juga merupakan Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tenggara, Nor Alohan Abd Ghani, 36, mengalami kecederaan parah di kepala manakala seorang lagi rakannya, Zaliza Mohd Dahan, 35, mengalami kecederaan di bahagian kaki.

"Syukur Alhamdulillah kakak dan rakannya semuanya selamat dan terima kasih kepada petugas HKT termasuk jentera BN Tenggara khususnya calon Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique yang banyak membantu dan mengambil berat sepanjang kami berada di bilik kecemasan," katanya kepada di sini hari ini.

Halimah turut melawat kesemua mangsa dan meluangkan masa sejam untuk meninjau keadaan mereka serta mendoakan agar mereka beransur pulih dengan segera.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Mohd. Nor Rasid yang dihubungi mengesahkan kejadian.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Proton Gen2 yang datang dari arah Kulaijaya cuba memotong sebuah kenderaan namun gagal sebelum bergesel dengan sebuah motokar jenis Produa Myvi yang datang dari arah bertentangan.

"Akibat pergeseran itu menyebabkan kereta Gen 2 itu berpusing dan terhenti di tengah jalan sebelum dirempuh oleh mangsa yang gagal mengelak sebelum merempuh penghadang jalan. Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke HKT untuk mendapat rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Pakar Jalan Abdul Samad, Johor Bahru," katanya. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment