My Add

Tuesday, 30 April 2013

Nallakaruppan terima SMS ugut bunuh

Oleh HUSSAINI AMRAN

KUALA LUMPUR, ISNIN, 29 April, 2013: Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakaruppan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengugut untuk membunuhnya kira-kira pukul 12 tengah malam tadi.

Beliau tidak menolak kemungkinan ugutan itu ada kaitan dengan pembabitannya membantu kempen-kempen anjuran Barisan Nasional (BN) di seluruh negara menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Nallakaruppan telah membuat laporan tentang ugutan tersebut di Balai Polis Sentul di sini kira-kira pukul 3 petang hari ini dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment