![]() |
*PROF Datuk Dr. Sheikh Hussin Ab. Rahman Al Amudi (depan dua dari kanan) mengetuai sebahagian ahli Persatuan Orang Kota Bharu membacakan ikrar menyokong Mohamad Fatmi Che Salleh (kiri) pada PRU-13 sempena majlis Malam Himpunan Kaseh 1Kota Bharu, di Putrajaya malam tadi. - UTUSAN |
Penasihat Persatuan Orang Kota Bharu (POKB), Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, perubahan itu hanya boleh dilakukan dengan kesedaran rakyat Kelantan untuk menukar kerajaan negeri Pas yang telah memerintah selama 23 tahun.
Beliau berkata, perbezaan pendapat antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri menyukarkan perancangan serta pelaksanaan pembangunan ekonomi untuk dijalankan.
"Contohnya dalam pelaksanaan projek perumahan rakyat di Kota Bharu berkapasiti sebanyak 3,000 unit hanya boleh dibina dalam lingkungan 1,000 unit sahaja.
"Ini disebabkan kekangan keluasan tanah yang diluluskan oleh kerajaan negeri," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Malam Himpunan Kaseh 1 Kota Bharu 2013 di sini malam tadi.
Hadir sama, Presiden POKB, Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad dan Pengerusi Majlis Pemikir dan Pemandu POKB, Datuk Seri Shukry Mohd. Salleh. Seramai 700 ahli POKB hadir pada majlis perhimpunan tersebut.
Mohamad Fatmi yang juga calon BN bagi Parlimen Kota Bharu berkata, pelaksanaan projek-projek perumahan dan pembangunan di Kelantan dapat membantu meningkatkan kuasa pembelian di negeri tersebut khususnya di Kota Bharu. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment