My Add

Tuesday, 30 April 2013

PRU-13: 'Biar Pas kalah daripada tanggung dosa'

SAFINA RAMLI

ALOR SETAR, ISNIN, 29 April, 2013: Seorang aktivis Pas di sini lebih sanggup melihat partinya kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) daripada menanggung dosa dengan membiarkan umat Islam mengundi parti tersebut.

Abdullah Hashim, yang juga calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau berkata, perjuangan Pas tersasar jauh daripada landasan sebenar setelah 'berkawan' dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, pemimpin Pas seharusnya tegas menyatakan pendirian dan menolak kerjasama dengan DAP berikutan pemimpin DAP termasuk Pengerusinya, Karpal Singh sendiri jelas menolak perjuangan Islam serta hukum hudud Pas.

"Sebelum ini perjuangan Pas untuk menubuhkan negara Islam lengkap dengan pelaksanaan hukum hudud di negara ini kita nampak dengan jelas tapi setelah pemimpin Pas berkawan dengan DAP, semua itu dah hilang.

"Saya lebih rela Pas kalah dalam PRU-13 ini daripada tanggung dosa. Biar Pas kalah kerana ada jati diri bukan hilang perjuangan sendiri," katanya ketika dihubungi hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment