![]() |
| * EBERAPA penunjuk perasaan antikerajaan membantu rakan mereka yang cedera akibat letupan di Bangkok, Thailand, semalam. - REUTERS |
Polis berkata, sebutir bom tangan dilemparkan dari sebuah bangunan ke arah penunjuk perasaan yang sedang berarak berdekatan Universiti Chulalongkorn di pusat bandar ini.
Jumlah kecederaan itu disahkan oleh Pusat Perubatan Erawan, di sini.
Jurucakap pergerakan tersebut, Akanat Promphan berkata, letupan itu berlaku hanya kira-kira 30 meter daripada lokasi pemimpin penunjuk perasaan Suthep Thaugsuban berarak, namun dia tidak cedera.
Sehingga kini, tiada pihak tampil bertanggungjawab ke atas kejadian tersebut.
Liputan televisyen menunjukkan beberapa orang terlantar di atas jalan ketika ambulans membawa mereka yang cedera dari tempat kejadian ke hospital.
Penunjuk perasaan juga dilihat mencari penyerang di kawasan kejadian tersebut.
Laman web Bangkok Post melaporkan, ketua tentera Thai, Prayuth Chan-ocha melahirkan kebimbangan beberapa serangan melibatkan demonstrasi antikerajaan itu sejak beberapa hari lalu, didalangi kumpulan bersenjata.
Timbalan jurucakap tentera, Winthai Suwaree berkata, Prayuth turut bimbang berhubung keselamatan di lokasi demonstrasi tersebut.
"Ketua tentera Thailand meminta semua pihak terbabit tidak bertindak terburu-buru bagi mengelak berlakunya keadaan huru-hara,'' katanya.
Dalam pada itu, Menteri Luar, Surapong Tovichakchaikul berkata, sudah tiba masanya 'kawalan' di Bangkok dirampas daripada penunjuk perasaan.
"Kerajaan akan mengambil tindakan tidak lama lagi. Sudah tiba masanya tindakan ini diambil. Kita perlu melakukan sesuatu,'' katanya kepada wartawan. - REUTERS/NSIAUTUSAN

No comments:
Post a Comment