Oleh SAHBULAH DARWI
KUALA LUMPUR, SABTU, 18 Januari, 2014: Kerajaan akan memperluaskan permit import bagi barangan keperluan pengguna sebagai langkah menambah bekalan dan mengelakkan perbuatan manipulasi harga barang oleh pemborong.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu selaras dengan dasar kerajaan untuk membanjirkan pasaran dengan bekalan produk bagi membolehkan harga dijual dengan lebih rendah dan berpatutan.
''Dasar ini mengikut panduan peraturan antarabangsa untuk meliberalisasikan perdagangan iaitu sekiranya kita dapati ada produk yang tak cukup bekalan kita boleh bawa masuk daripada luar negara dan sesiapa sahaja peniaga atau individu boleh memohon untuk mendapat permit membawa masuk," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas turun padang memantau situasi harga barang keperluan di empat lokasi di Gombak di sini hari ini.
Yang turut hadir dalam lawatan kira-kira pukul 8.30 pagi itu ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Dalam lawatan tersebut, Muhyiddin meninjau harga pelbagai barangan dan bertemu dengan pengguna serta peniaga di Pasar Raya NSK Selayang, Pasar Harian Selayang, Pasar Mini Snofa di Taman Greenwood dan sebuah restoran di Taman Sri Gombak.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan satu sumber memberitahu, perbuatan tidak bertanggungjawab pihak pemborong memanipulasi harga barang dikatakan sebagai punca kenaikan harga barang secara mendadak di seluruh negara baru-baru ini.
Menurut sumber itu, kegiatan itu juga dipercayai didalangi oleh pihak tertentu yang ingin membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).
Muhyiddin berkata, manipulasi tersebut berlaku apabila harga barangan dinaikkan secara tidak munasabah untuk mengaut keuntungan berlebihan dengan menggunakan alasan seperti kenaikan kadar tarif elektrik, gula, kos operasi dan petrol.
Selain itu, beliau memberitahu, manipulasi itu juga boleh berlaku apabila pemborong-pemborong berpakat menyorokkan barangan bagi mengurangkan bekalan di pasaran yang seterusnya menyebabkan harga melambung tinggi.
Jika terdapat aduan, katanya, siasatan dan tindakan boleh diambil mengikut Akta Kawalan Harga, Antipencatutan 2011 dan Akta Persaingan 2010 untuk menghukum pemborong yang tidak bertanggungjawab itu.
Pada perkembangan sama, Muhyiddin berkata, langkah meningkatkan pemantauan terhadap faktor-faktor kenaikan harga barangan bukan suatu gimik untuk ditunjuk-tunjukkan kepada rakyat.
Menurut beliau, pemantauan itu sebaliknya bersifat berterusan dan membuktikan keseriusan kerajaan menangani beban kos sara hidup rakyat.
"Ini bukan langkah main-main. Bila Kabinet dan Perdana Menteri lantik saya bantu KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan), ini menunjukkan kita serius dan dengar suara rakyat... ia tidak boleh didiamkan, mesti ada respons segera.
"Ini bukan gimik. Selagi keadaan tidak bertambah baik maka jawatankuasa khas akan lihat semua aspek berkaitan," katanya.
Muhyiddin memberitahu, penguatkuasaan juga akan dilaksanakan dengan lebih tegas supaya bukan hanya harga barangan dapat dikawal, malah para peniaga mematuhi undang-undang dan peraturan sedia ada. - UTUSAN
![]() |
* MUHYIDDIN Yassin meninjau harga ikan ketika melawat pasar raya pada program tinjauan ke premis perniagaan sekitar Gombak dekat Kuala Lumpur, semalam. Turut serta, Ismail Sabri Yaakob dan Hasan Malek. |

No comments:
Post a Comment