My Add

Wednesday 21 September 2011

Ada pandatang asing jadi majikan – Hishammuddin


LAPORAN Utusan Malaysia, terdapat pendatang asing tanpa izin (PATI) mnedaftar dalam Program 6P baru-baru ini menarik sekali.  Kementeri Dalam Negeri (KDN) mengesahkan mereka itu bekerja sendiri, malah sesetengahnya telah menjadi najikan di negara ini.


Menurut Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, walaupun senario tersebut telah dikesan lama berlaku, namun ia sukar ditangani disebabkan pelbagai faktor.



Antaranya, kata beliau, ia berpunca daripada isu salah guna pas dan permit kerja serta pemalsuan dokumen dan identiti warga asing.


“Hasil risikan dan pemantauan Jabatan Imigresen melalui Program 6P mendapati, terdapat PATI yang bekerja sendiri, malah sesetengahnya telah menjadi majikan.


“Agensi penguat kuasa sukar untuk mengambil tindakan terhadap mereka apabila mereka berselindung di sebalik permit kerja sama ada yang sah atau dipalsukan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Selasa.


Sehubungan itu, kata Hishammuddin, melalui Program 6P, kerajaan akan mempunyai maklumat yang tepat termasuk data biometrik pekerja yang membolehkan status semasa sebenar mereka dikenal pasti.


Menurutnya, inilah kepentingan pelaksanaan 6P kerana selain menangani isu berkaitan PATI yang sedia ada dalam negara, program itu juga membolehkan kerajaan mendapat data yang tepat berhubung permasalahan sebenar berkaitan warga asing.


Dalam pada itu, beliau berkata, statistik diperoleh daripada laporan proses pendaftaran Program 6P menunjukkan seramai 327,991 PATI mengisytiharkan tidak bekerja dalam lima sektor dibenarkan dalam dasar semasa kerajaan iaitu perkilangan, perladangan, pertanian, pembinaan dan 15 jenis pekerjaan dalam sektor perkhidmatan.


“Sebahagian besar daripada jumlah tersebut didapati sedang bekerja dengan majikan tertentu atau dalam jenis dan sektor pekerjaan yang tidak dibenarkan seperti perlombongan, bengkel kereta, restoran makanan segera, gerai, nelayan, pengedar surat khabar dan pencucian kenderaan.


“KDN akan memanjangkan syor kepada beberapa persatuan majikan dan majikan secara individu yang merayu supaya kerajaan memberikan kebenaran khas agar pekerja-pekerja tidak sah mereka yang sedang bekerja dalam jenis pekerjaan di luar sektor untuk turut dilibatkan dalam proses pemutihan,” ujarnya.


Pada masa sama, Hishammuddin berkata, KDN yakin akan memperoleh data dan maklumat terperinci melalui proses pemutihan fasa kedua dalam Program 6P yang tarikh pelaksanaannya akan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing dan PATI pada 4 Oktober ini.

Beliau berkata, data dan maklumat itu akan diserahkan kepada Kementerian Sumber Manusia dan agensi pusat seperti Unit Perancangan Ekonomi (EPU) serta Jabatan Perdana Menteri dalam melengkapkan kajian mereka tentang keperluan sebenar pekerja asing bagi memastikan ia bertepatan dengan keperluan semasa serta diimbangi faktor keselamatan.

No comments:

Post a Comment