PERTUBUHAN Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) pasti kecewa kerana desakannya supaya Mohamad Sabu segera meminta maaf dan menarik balik kenyataannya berkaitan tragedi Bukit Kepong tidak diambil kisah.
Setakat ini, Timbalan Presiden Pas itu, masih enggan berbuat demikian seperti kenyataannya di Kota Bharu kelmarin.
Apakan daya kita Mat Sabu masih berkeras sekalipun pelbagai pihak beralu-talu mendesaknya supaya berbuat demkian. Dia tetap dengan pendiriannya dan mempertahankan kenyatannya mengenai tragedi tersebut.
Di Muar,Presiden PPPMM, A. Rahman Mahadi berkata, tindakan Mat Sabu yang seperti lontar batu sembunyi tangan amat dikesali dan tidak bertanggungjawab kerana pe
rbuatannya itu mengguris hati majoriti rakyat di negara ini.
"Mat Sabu sebenarnya telah melakukan penghinaan terhadap negara dan derhaka kepada bangsanya sendiri. Suara yang menidakkan perjuangan bangsa adalah suara sumbang yang tidak berasaskan sejarah.
"Malah golongan ini amat malang kepada agama dan bangsa apabila sejarah sebenar negara mahu dipadamkan dan fakta mahu diubah," katanya kepada pemberita semalam selepas anggota PPPMM dan penduduk Bukit Kepong mengadakan demonstrasi aman di Balai Polis Bukit Kepong.
Demonstrasi itu bagi membantah kenyataan Mat Sabu pada 21 Ogos lalu dalam satu ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
A. Rahman yang juga Pengerusi Angkatan Fi-Sabilillah Johor berkata, adalah sesuatu yang mengecewakan apabila fakta sebenar tragedi itu yang bukan sahaja mengguris hati orang Melayu tetapi rakyat Malaysia diputarbelitkan.
No comments:
Post a Comment