My Add

Saturday 3 September 2011

MB Kedah: Tiada angin pokok tidak bergoyang

KATA bidalan, tiada angin masakan pokok bergoyang. Begitulah senario disebalik kisah Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah yang dilaporkan akhbar disuruh berundur atas alasan kesihatan.

Usah terkejut. Jangan kepoh. Jika sumber laporan berkaitan tidak benar dan tidak saheh sumbernya, nyatakan secara baik tanpa tuduhan melulu dan tohmhan.

Bagaima sekiranya laporan akhbar berkenaan beul, kepimpinana Pas memang bercadang untuk menggantikan Azizan?

Kesudahannya bahang laporan yang menimbulakn keluh-kesah itu berasur suam, walaupun belum sejuk, setelah Haji Abdul Hadi Awang menafikannya. Hakikatnya penafian Presiden Pas itu hanya apa yang tersurat bukan yang tersirat.

Azizan sendiri menafikan dia prnah didesak melepaskan jawatan berikutan kesihatannya yang dikatakan boleh menjejaskan pentadbiran dan kepimpinannya ketika ini.

Azizan telah memulakan tugasan luar selepas bercuti lebih sebulan sejak 15 Julai hingga 29 Ogos lalu.

Katanya, soal desakan meletak jawatan ketika ini tidak timbul, namun sentiasa bersedia meninggalkan jawatan sebagai Menteri Besar pada bila-bila masa jika ada keperluan

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob terkejut laporan akhbar itu kerana perkara berkenaan tidak pernah dibincangkan atau ditimbulkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi PAS Pusat.

“Ini satu lagi helah dan politik murahan. Saya tidak faham bagaimana laporan ini boleh keluar dan dari mana mereka mendapat sumber ini,” katanya ketika dihubungi semalam.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, memberitahu pimpinan PAS tidak pernah berbincang mengenai perkara iyu (menggantikan Azizan). Malah, Nik Aziz Nik Mat masuk hospital pun tidak pernah dibincang mengenai pertukaran atau jawatan pemangku.

“Azizan sudah sihat dan kembali bertugas. Jadi tiada keperluan atau sebarang asas untuk menukar atau menggantikannya,” katanya.

Laporan akhbar itu juga memetik sumber, tiga EXCO disebut-sebut bakal mengisi tempat Azizan iaitu Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundor), Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) Mohamad Taulan Mat Rasul (Tokai).

No comments:

Post a Comment