"Parti saya dan saya sendiri tidak bersetuju sepenuhnya dengan apa yang dicakapkannya kerana kami adalah sebuah parti yang patriotik. Jawatankuasa Disiplin akan mengkaji perkara ini Jumaat ini walaupun belum menerima sebarang aduan rasmi," katanya kepada Bernama apabila dihubungi.
Katanya, ulasan Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Kota Alam Shah, M.Manoharan, dalam halaman facebooknya minggu lepas bahawa bendera kebangsaan hendaklah diubah suai kerana reka bentuk sekarang menyerupai bendera Barisan Nasional dan tidak melambangkan Malaysia menyebabkan DAP menjadi tumpuan walaupun ia bukanlah pendirian rasmi parti.
Manoharan kemudian memohon maaf dan menarik balik ulasannya itu, namun beberapa pemimpin BN menyoal sikap membisu DAP di samping mencabar parti itu mengambil tindakan tatatertib terhadap beliau.
Ditanya sama ada Jawatankuasa Disiplin DAP akan bertindak terhadap Manoharan, Kok Wai sekadar mengulangi kenyataannya bahawa jawatankuasa itu akan melihat perkara berkenaan pada Jumaat nanti.
"Kami mengambil kira bahawa Manoharan menyedari kesilapannya, telah menarik balik ulasannya itu dan memohon maaf," katanya.
Kok Wai bagaimanapun menafikan bahawa DAP membisu mengenai perkara itu kerana beberapa orang pemimpin parti sudahpunmembuat komen. — BERNAMA.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
No comments:
Post a Comment