My Add

Thursday, 22 September 2011

Saya bukan lagi PM laksanalah hudud sekarang: Mahahtir

TUN Dr Mahathir Mohamad meminta Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanaannya.


"Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) kot dia nak bagi...ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (Pas) tak dapat laksana hukum hudud," katanya ketika diminta mengulas hasrat Pas untuk melaksanakan hudud di negeri itu biarpun ditentang oleh rakan-rakannya dalam pembangkang.
Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan perdana Za'ba di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di Tanjong Malim, Rabu.
Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, dilaporkan pernah berkata, individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud adalah Dr Mahathir dan bukan pengerusi DAP, Karpal Singh.

Pas dan DAP adalah rakan pakatan pembangkang bersama Parti Keadilan Rakyat. 

Dr Mahathir turut menempelak kerajaan Kelantan yang disifatkannya sebagai beriya-iya untuk mengamalkan undang-undang Islam tetapi pada masa sama gagal mengawal penduduk Kelantan sehingga menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun sejak 2008. 

"Negeri lain tidak ada hukum hudud pun, macam mana kita kawal (rakyat). Ini dia tidak kawal, dia tidak ajar agama betul. 


"Kalau kawal betul orang akan tolak perbuatan yang membawa kepada penyakit AIDS...ini dia tidak ajar agama, dia ajar politik, tapi dia hendak salahkan saya," kata Dr Mahathir. 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dilaporkan berkata, kadar jangkitan HIV bagi tempoh 2008-2009 di Kelantan adalah hampir empat kali ganda berbanding kadar di seluruh negara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment