My Add

Saturday 17 September 2011

Jalur Gemilang: Biarlah DAP terjun dengan labu-labunya!

KENYATAAN seorang wakil rakyat DAP mahu menukar Jalur Gemilang jika parti itu berkuasa kelak sungguh angkuh dan berniat jahat. Kenyataan itu berbaur politik yang sempit serta dangkal.

Niat M. Manoharan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Shah Alam itu jelas tidak senonoh yang pasti menimbulkan kemarahan rakyat.

Kenyataannya yang berupa kurang ajar itu nyata tidak logik. Inilah sikap dan pegangan kebanyakan pemimpin DAP, belum boleh duduk, sudah menonta-ronta mahu berlunjur pula.

Apakah Manoharan kehabisan modal politik? Jangan bercakap sembarangan kawan, rakyat marah nanti. Siapa rugi? DAP juga yang rugi. Fikir dahulu masak-masak implikasinya. Fikir dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.

Harapan DAP memang melangit. Tinggi dengan seribu janji. Impiannya mahu untung secupak, tetapi jika tersalah catur strategi dengan amalan publisiti murahan, DAP sendiri kelak yang akan rugi seguni.

Sekarang bukan mudah nak sogok rakyat dengan janji seribu satu malam. Rakyat sudah sedar, terutama kebanyakan rakyat di Pulau Pinang. Mereka sudah celek serta dapat menilai sendiri yang mana satu intan dan yang mana pula kaca. "Aduh, pedihnya hati ini," kata Nana dan Mami.

Silap perhetongan sekarang, nescaya harapan tinggi dan janji DAP akan luruh berderai di tengah jalan. Kini terbukti belum 'berkuasa' pun parti itu sudah mula tunjuk belang, mentelah lagi apabila kuasa dalam genggaman mereka nanti.

Biarlah DAP terjun dengan labu-labunya!

Menurut laporan Utusan Malaysia Sabtu, Manoharan berkata, pembangkang akan bertindak menukar Jalur Gemilang jika memperoleh kuasa dalam pilihan raya umum akan datang.

Kenyataan bersifat kurang ajar itu disiarkan ADUN DAP terbabit menerusi laman sosial Facebook miliknya semalam dan didedahkan oleh portal berita terbaru, www.mole.my

Secara jelas, lapor akhbar tersbut, Manoharan menulis kenyataan menerusi status dalam laman berkenaan yang berbunyi: “I distributed many DAP flags today in my constituency. I refused to fly the Malaysian flag because it looks more BN than Malaysian. (Saya mengedarkan banyak bendera DAP hari ini dalam kawasan undian saya. Saya menolak untuk mengibarkan bendera Malaysia kerana ia kelihatan seperti BN berbanding Malaysia).

Bertambah biadab, kata Utusan Malaysia, Manoharan mengeluarkan pula komentar di bawahnya seperti berikut: “Copycat...AMERICA. America Syarikat atau Syarikat America. Inipun Bahasa Malaysia tak betul. LOL. Bendera Amerika Syarikat ditiru!.”

Di bawah status sama, beliau kemudiannya menyatakan komentar lain iaitu: “Pakatan will come up with a new flag. The current one is definitely out.” (Pakatan akan tampilkan bendera baru. Yang ada ketika ini akan diganti baru).

Seterusnya, Manoharan menyatakan komentar bahawa kita tidak memiliki bendera yang berkelas dunia dan rakyat Amerika Syarikat (AS) telah mentertawakan Malaysia kerana memiliki bendera yang seakan sama.

Mengakhiri komentarnya, beliau mengulangi pendirian bahawa bendera sedia ada perlu diganti termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO.

Bagaimanapun, pendirian Manoharan mendapat tentangan hebat daripada rakan sosial Facebook beliau yang mahu kenyataan itu ditarik balik.

Kebanyakan rakan sosialnya itu mahu Manoharan menghentikan kenyataan sedemikian serta mahu beliau membezakan antara semangat patriotisme dan ideologi politik.

Manoharan sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila mempersendakan doa masuk tandas selain pernah mewujudkan sentimen perkauman berhubung isu novel Interlok.

Sementara itu, Manoharan ketika dihubungi blogger The Mole mengesahkan bahawa status menerusi Facebook tersebut adalah tulisannya sendiri.

“Bendera ini telah lama dikaitkan dengan Barisan Nasional (BN). Jika kerajaan bertukar, bendera kebangsaan juga patut ditukarkan,” katanya.

Manoharan kemudiannya mengaitkan kemungkinan kematian jurukamera BernamaTV, Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor, 39, di Somalia mempunyai kaitan dengan kesilapan membezakan antara bendera Malaysia dan AS.

Bagaimanapun, kira-kira pukul 8 malam ini selepas menerima kecaman rakan laman sosialnya, Manoharan memohon maaf atas komentarnya berkaitan Jalur Gemilang sambil mendakwa dia rakyat Malaysia yang patriotik.

No comments:

Post a Comment