My Add

Sunday 18 September 2011

Mahathir ajak komponen BN lebih cergas, turun padang

TUN Dr Mahathir Mohamad bersungut sesetengah parti komponen Barisan Nasional (BN) yang nampaknya tidak begitu bermaya sejak kebelakangan ini supaya cergas semula dan turun ke padang untuk menghadapi dan membantu rakyat

Tanpa menamakan mereka, bekas Perdana Menteri meminta parti-parti itu harus meyakinkan diri bahawa mereka mempunyai kemungkinan akan terus berjaya supaya BN akan menjadi suatu formidable force atau kuasa yang kuat bagi menghadapi pilihan raya
yang akan datang.

"Kalau ada sesuatu yang tidak disenangi oleh rakyat, ambil tahu, turun ke
padang... dan kalau kita boleh bantu, kita bantu," kata beliau apabila memberi
pendapat dalam rancangan Bicara Negarawan terbitan RTM malam kelmarin.

Anggota panel dalam rancangan khas itu yang diatur oleh Jabatan Hal Ehwal Khas
di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan terdiri daripada
Pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr Jeniri Amir, Penolong Ketua
Pengarang 1 Kumpulan Utusan Melayu Datuk Zaini Hassan dan Ketua Pengarang
BERNAMA Datuk Yong Soo Heong.

Dr Mahathir juga meminta kepimpinan dan anggota parti komponen BN supaya
menitikberatkan kerjasama antara kaum.

Memetik laporan BERNAMA, Dr Maahathir meminta rakyat terima hakikat bukan semua tuntutan dapat dilayan sepenuhnya

Menurutny, bagi memastikan Malaysia terus menikmati keamanan, setiap kaum mesti menerima hakikat bahawa tidak semua tuntutan yang dibuat oleh mereka akan dipenuhi oleh kerajaan.

Katanya, sekiranya kesemua kaum faham keadaan itu, negara akan kekal aman sekali gus membolehkan pembangunan ekonomi berlaku dengan pesat.

Dr Mahathir berkata, sekiranya sesuatu kaum mahu tuntutannya dipenuhi, secara tidak langsung ia akan menidakkan hak kaum lain di samping mewujudkan persaingan di antara kaum-kaum di negara ini.

"Saya berpendapat mentadbir negara yang berbilang kaum berbeza dengan pentadbiran negara yang hanya mempunyai satu etnik saja kerana sudah tentu ada tuntutan masing-masing dari kaum masing-masing.

"Di Malaysia untuk menentukan keadaan jadi aman, setiap satu kaum itu mesti terima hakikat bahawa tidak 100 peratus daripada tuntutannya dapat dilayan.

"Kalau hendak juga 100 peratus, sudah tentu dia akan menidakkan hak sesuatu kaum yang lain,” katanya.

No comments:

Post a Comment