Anwar memasuki lif pangsapuri |
Rakaman berdurasi selama 47 saat itu dimuat naik hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipercayai diperoleh dari pangsapuri berkenaan.
Dalam klip itu turut kelihatan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang sebelum ini mengaku bertanggungjawab terhadap pendedahan video hubungan seks melibatkan Anwar dengan wanita tersebut.
Anwar keluar meninggalkan lif pangsapuri |
Rakaman video yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang itu didedahkan sebagai amaran supaya pemimpin tersebut serta isterinya berundur dari dunia politik.
Rakaman itu tidak menamakan siapa individu di dalam video seks terbabit.
Namun, Anwar kemudian tampil membuat penafian bahawa beliau adalah individu yang dimaksudkan pada hari sama video seks itu ditayangkan.
Rakaman video seks itu sudah disahkan tulen oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada 1 April lalu selepas diteliti pakar profesional.
Berikutan itu, Shazryl Eskay pada 29 April lalu melakukan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul menyatakan bahawa dua individu di dalam paparan video itu adalah dia dan Anwar.
Anwar bagaimanapun sehingga kini tidak berbuat demikian, sebaliknya membuat laporan polis mendakwa dia dianiaya. Berhubung penyebaran video itu juga, trio Datuk T didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 24 Jun lalu dan dikenakan hukuman denda.
Sementara itu, pendedahan yang dibuat Papa Gomo hari ini susulan daripada kenyataan penulis blog itu yang berjanji untuk membuat pembongkaran eksklusif pada pukul 10 pagi ini.
Klip selama 47 saat itu kemudian disambungkan dengan aksi hubungan seks tidak berwarna seperti yang didedahkan di blog-blog sebelum ini.
Dalam klip video itu tertera waktu 10.09 malam 21 Februari lalu, menunjukkan dua individu termasuk individu didakwa Anwar memakai baju kemeja lengan pendek dan seluar panjang gelap serta sandal.
Individu yang didakwa Shazryl Eskay pula memakai baju lengan pendek dan seluar gelap memasuki salah satu daripada tiga lif di pangsapuri itu.
Selain kelibat bagi membuktikan individu yang bertanggungjawab melakukan seks di dalam video berkenaan, klip tersebut turut menyatakan, "Di dalam kehidupan ini, pembohongan tidak akan mampu menghalang munculnya kebenaran."
Di akhir babak tersebut, kelihatan lelaki yang didakwa Anwar keluar dari lif dipercayai selepas selesai melakukan hubungan seks.
No comments:
Post a Comment