HASRAT pakatan pembangkang untuk menukar Jalur Gemilang dengan bendera lain sebagai bendera Malaysia adalah bukti pakatan itu tidak menghargai hak dan warisan bangsa yang sudah diterima pakai sejak dahulu lagi.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu juga menunjukkan pakatan pembangkang terutama DAP tidak dapat menerima kejayaan yang dicapai hasil perjuangan Barisan Nasional (BN) sehingga semuanya hendak dinafikan dan ditukar, lapor Utusan Malaysia.
"Kita tahulah, itu niat Pakatan Rakyat, segala-gala yang sudah diterima sebagai sebahagian daripada warisan kita hendak dibuang. Itu bendera, mungkin banyak lagi mereka nak lakukan, tukar segala-galanya hanya mereka nak kata mereka sudah berkuasa, mudah-mudahan mereka tidak berkuasa.
"Jadi, tidak ada sesuatu penghormatan kepada sejarah dan penghargaan kepada apa yang sudah menjadi kepunyaan rakyat Malaysia tidak dihargai langsung," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Parti Makkal Sakti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, Ahad.
No comments:
Post a Comment