My Add

Tuesday 13 September 2011

Najib bangga prestasi kewangan FELDA makin kukuh

DATUK Seri Najib Razak bangga pertumbuhan kewangan FELDA terus mencatat prestasi memberangsangkan dengan nilai semasa saham yang tersenarai dan tidak tersenarai serta dana dalam amanah raya miliknya mencecah lebih RM8 bilion.

Perdana Menteri berkata, pencapaian terkini FELDA itu dilaporkan pengurusan organisasi itu pada mesyuarat Pengurusan Felda, Selasa, yang turut dihadiri beliau.

"Saya bangga apabila dilaporkan punca kewangan FELDA semakin kukuh dan semua anak syarikat turut mencatat prestasi menggalakkan.

"Malah, pelaburan FELDA menerusi pembelian syarikat gula (Malaysian Sugar Manufacturing) juga begitu menggalakkan apabila nilai sahamnya meningkat daripada RM3.36 sen sesaham kepada RM5.30 ketika ini, " katanya.

Berucap pada majlis jamuan hari raya Aldilfitri FELDA di Kuala Lumpur, Najib berkata, pencapaian itu membuktikan FELDA sebagai sebuah organisasi, mampu mencatat kejayaan dan akan terus melakukan pelbagai pembaharuan serta program pembangunan.

Najib berkata, antara program pembangunan yang ditumpukan ialah rancangan perumahan generasi kedua FELDA.

"Rancangan perumahan generasi kedua akan diperkasakan. Setiap gugusan FELDA yang belum ada rancangan perumahan, akan kita laksanakan, manakala yang sudah ada, kita akan tambah bilangannya," katanya, lapor BERNAMA.

Perdana Menteri berkata, masyarakat FELDA khususnya peneroka kelapa sawit, kini adalah golongan yang bertuah kerana dapat merasai hasil besar daripada pembaharuan agensi itu.

"Kini, pendapatan pekebun sawit meningkat kepada RM4,500 sebulan, menjadikan mereka termasuk dalam golongan pendapatan pertengahan di negara ini... masyarakat FELDA boleh menjadi komuniti berjaya," katanya.

Najib berharap warga FELDA terus mempertahan organisasi berkenaan dan apa yang diperoleh selama ini.

No comments:

Post a Comment