My Add

Saturday, 3 September 2011

Puteri UMNO kesal, Salleh nafi terheret politik kotor

PIHAK tertentu cuba mengheret Speaker Dewan Undangan Sabah, Salleh Said Keruak, ke kancah politik kotor dan mengaitkannya dengan cubaan Pakatan Rakyat mengambil alih Kerajaan Persekutuan pada 16 September 2008.

Tindakan itu dikesali oleh Puteri UMNO dan menuduh sebagai satu lagi taktik pembangkang untuk mengalih perhatian rakyat dari isu sebenar yang melanda anggota pakatan pembangkang yang tidak sehaluan.

Menurut Ketua Puteri UMNO, Rosnah Abdul Rashid Shirlin, mereka menggunakan Salleh sebagai sumber maklumat untuk memberikan gambaran seolah-olah memang ada ahli politik dari Sabah yang merancang untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN) pada ketika itu (16 September 2008)...sebenarnya ia adalah satu pembohongan besar yang terancang.

"Jelas sekali mereka sudah terdesak sehingga sanggup melakukan apa saja untuk mengaburi mata rakyat bagi kepentingan politik terutama menjelang 16 September depan." katanya.

Laporan Bernama memetik Rosnah sebagai berkat pihak pakatan pembangkang berharap rakyat akan lupa pembohongan mereka untuk mengambil alih Kerajaan Persekutuan pada 16 Sept 2008.

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, mengulas laporan Malaysiakini bahawa kabel Kedutaan Amerika Syarikat melaporkan bahawa ketua pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa sekumpulan ahli politik dari Sabah dan Sarawak merancang untuk keluar daripada BN pada 16 September 2008, berikutan kedua-dua negeri itu dipinggirkan.

Satu entri dalam kabel itu, yang disiarkan oleh Wikileaks, menyatakan Salleh, bekas Ketua Menteri Sabah, memberitahu pegawai kedutaan itu bahawa lebih separuh daripada jumlah 25 ahli parlimen Sabah bersedia untuk meninggalkan BN.

Rosnah menegaskan bahawa tidak ada ahli Parlimen Sabah yang pernah menyatakan niat untuk "berhijrah" ke Pakatan Rakyat pada ketika itu.

Sehubungan itu, Rosnah meminta rakyat supaya tidak mudah terpedaya atau terpengaruh dengan taktik kotor pembangkang yang cuba meracuni fikiran mereka selain memecahbelahkan parti komponen BN.

"Saya harap rakyat pandai menilai dan membezakan yang mana permata yang mana kaca. Barisan Nasional adalah satu parti yang sudah teruji dan terbukti boleh membawa pembangunan untuk kemudahan rakyat di negara ini," katanya.

Salleh pula yang meanfikn terbabit, menjelaskan bahawa laporan Wikileaks mengenai komen beliau berkaitan kegagalan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan persekutuan pada 16 September 2008, adalah tidak benar.

“Saya tidak pernah mengesahkan atau menyokong anggota Parlimen keluar parti untuk menyertai pembangkang atau Pakatan Rakyat. Pada masa itu, setahu saya, pembangkang cuba sedaya upaya untuk menawan hati anggota Parlimen dari Sabah tetapi gagal untuk menarik mereka.

“Apa yang berlaku lebih pada “perang psikologi” yang dilakukan oleh pembangkang untuk tidak menstabilkan kerajaan BN,” katanya.


No comments:

Post a Comment