My Add

Sunday 11 September 2011

MCA dan MIC sanggup tukar kerusi pastikan BN menang

SETAKAT ini MCA dan MIC sudah berjanji sanggup bertukar kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan dating.

Bagaimana dengan parti-parti komponen BN yang lain?

Jika pengakuan yang diberikan itu benar-benar iklas dan jujur, mudahlah bagi Pengerusi BN, DS Najib Razak melagang strategi, membuat pilihan dan perhetongan nanti.

Jangan sekarang kata sanggup, esok bila hampir pilihan raya, berlaku sebaliknya Tuntut itu dan ini, minta itu dan ini. Ada sahaja perkara yang berbangkit.

Kata dikota, janji ditepati. Elak rasa tidak puas hati. Jangan kata tidak adil setelah keputusan diambil Jangan berlaku cakap tak serupa bikin.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, pihaknya bersedia berbuat demikian sekiranya langkah itu dapat memastikan kejayaan lebih besar kepada BN.

"Kita sokong idea itu kerana melihat dalam konteks yang lebih besar iaitu BN dapat membentuk kerajaan,” katanya.

Dr Soi Lek juga berkata, pemimpin pusat parti itu sedang memberi taklimat kepada pemimpin akar umbi bagi mempersiapkan mereka bagi menghadapi PRU akan datang.

Presiden MIC, Datuk G. Palanivel juga berjanji parti itu bersedia berbuat demikian dengan parti komponen BN yang lain.

No comments:

Post a Comment