My Add

Wednesday 14 September 2011

Tuntutan 5 perkara terlaksana sebelum pilihan raya?

SAYA rasa pilihan raya umum mungkin hampir menjelang tiba. Sebab itu saya lihat Pas semakin garang dan lantang. Kebelakangan ini tindakannya berbaur amaran dan desakan.

Tindakan terbarunya, memberi ingatan kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya melaksanaka tuntutan 5 perkara yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat. Jika tidak dilaksanakan, himpunan aman Bersih 3.0 akan mengambil tempatnya.

Tuntutan lima perkara itu, menurut hemah pembangkan bukan sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan jika Kerajaan BN benar-benar ikhlas mahu melakukan reformasikan pilihan raya, melainkan jika pihak kerajaan hanya sekadar bersandiwara.

Dalam laporannya, HarakahDaily, lidah rasmi Pas memetik Naib Presidennya, Salahuddin Ayub sebagai berkata, sekiranya Kerajaan BN enggan melaksanakan 5 tuntutan itu sebelum pembubaran Parlimen, ternyata kerajaan hanya sekadar bermain-main dengan kenyataan-kenyataannya sahaja.

Kata Salahuddin, Pakatan Rakyat tidak akan teragak-agak untuk mengadakan himpunan Bersih 3.0 bagi mendesak kerajaan melaksanakan tuntutan itu untuk membolehkan pilihan raya diadakan dengan bersih dan adil.

Menurutnya, Kerajaan BN tidak mempunyai sebarang alasan untuk tidak melaksanakan kesemua tuntutan itu kerana pihak kerajaan sendiri masih mempunyai masa yang panjang bagi mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menegaskan, 5 tuntutan Pakatan Rakyat berhubung reformasi pilihanraya itu, pertamanya mendesak Kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak agar melaksanakan 8 tuntutan Bersih.

Kedua berupa desakan Kerajaan BN menetapkan tarikh pilihanraya dengan persetujuan atau muafakat bersama dengan Pakatan Rakyat seperti yang dilakukan oleh parti Demokratik Liberal dan Konservetif di United Kingdom (UK).

Ketiga, Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen yang akan ditubuhkan oleh Kerajaan mestilah diberikan ruang yang selesa ke arah reformasi pilihanraya di negara ini.

Keempat, agenda isu kerakyatan terhadap warganegara asing yang dilakukan oleh Kerajaan BN mestilah dihentikan dengan desakan terhadap Kerajaan BN agar menyediakan satu terma rujukan mengenainya.

Manakala tuntutan kelima berupa desakan Pakatan Rakyat terhadap Kerajaan BN agar menunaikan segala cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parlimen bagi melakukan reformasi pilihan raya di negara ini.

No comments:

Post a Comment