My Add

Tuesday, 20 September 2011

Wakil rakyat DAP terus dikecam


BEBERAPA pihak marah, kecam dan ada yang desak supaya M. Manoharan di usir, sekalipun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah itu memohon maaf atas kenyataannya mahu menukar Jalur Gemilang sekiranya pembangkang menang dalam pilihan raya akan datang.


Menurut laporan akhbar, tokkoh sejaran, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim menyifatkan hasrat pembangkang itu sebagai tidak masuk akal dan merepek 

Seorang lagi pakar sejarah, Profesor Dr. Ramlah Adam menganggap kenyataan tersebut benar-benar melampau, sempit otak dan jelas menampakkan ketaksuban dalam politik.

Kay Kim berkata, kenyataan itu juga menunjukkan ADUN tersebut cetek ilmu pengetahuan terutama sejarah.

Menurutnya, isu persamaan bendera Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) yang dibangkitkan oleh Manoharan turut menunjukkan wakil rakyat DAP itu tidak memahami tentang pelaksanaan sistem persekutuan yang diamalkan di negara ini.

"Bendera kedua-dua negara itu mempunyai kaitan dengan sistem persekutuan yang diamalkan.


Saya yakin dia akan faham tentang asal-usul Jalur Gemilang yang dia katakan meniru bendera AS jika dia mempelajari sejarah tersebut.


"Saya nasihatkan lebih baik beliau simpan sahaja idea mengubah bendera tersebut dalam minda beliau daripada berterusan mengeluarkan kenyataan tidak logik, merepek dan langsung tidak bermakna," katanya lagi..


Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Manoharan yang menegaskan pembangkang akan bertindak menukar Jalur Gemilang jika memperoleh kuasa dalam pilihan raya umum akan datang.


Menurut Kay Kim, ADUN DAP itu seperti sengaja mencari jalan untuk menimbulkan lagi huru-hara dalam negara ketika isu mengagungkan tali barut komunis, Muhammad Indera sebagai hero dalam peristiwa Bukit Kepong oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu masih belum selesai.


"Macam-macam isu dan ideologi merepek yang seperti sengaja dikeluarkan oleh pemimpin pembangkang untuk menghuru-harakan keamanan negara dan mengelirukan minda rakyat.


"Mungkin tindakan mereka yang menimbulkan isu sensitif ini disengajakan ataupun mereka sebenarnya tidak mempunyai ilmu pengetahuan sejarah yang baik," katanya.


Menurutnya, rakyat negara ini sepatutnya tidak cepat mempercayai sesuatu ideologi dan kenyataan yang merepek dan tidak bermakna.


Ramlah Adam pula berkata, 
Ideologi menukar Jalur Gemilang yang dinyatakan ADUN DAP itu mengarut dan sengaja mencabar perlembagaan negara.


"Lebih saya kesalkan apabila isu kematian, jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd. Nor di Somalia turut dikait dan dipolitikkan dengan Jalur Gemilang," katanya.

Ramlah juga berkata, banyak negara mempunyai bendera yang seakan-akan sama, jadi memang sangat keterlaluan jika isu kematian pun mahu dipolitikkan.
 


Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris berkata, penghinaan terhadap panji negara itu adalah cubaan pembangkang untuk menerap ideologi komunis moden terhadap generasi muda demi mencapai matlamat untuk memecah-belahkan bangsa Malaysia.

Justeru, beliau secara sinis 'mempersilakan' ADUN DAP itu untuk meninggalkan negara ini secara hormat dan memulangkan taraf kewarganegaraan yang dimiliki jika tidak bersetuju dengan setiap perkara yang menjadi lambang dan identiti negara Malaysia.

"Mereka (DAP) semakin kurang ajar dan mereka inilah pengkhianat negara yang sepatutnya tidak layak duduk di muka bumi Malaysia ini.


"Kerajaan perlu mengambil tindakan sewajarnya kerana mereka dilihat mempunyai agenda tersusun untuk mencucuk minda masyarakat melalui penghinaan demi penghinaan secara halus," katanya kepada Utusan Malaysia.

Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohd. Rapiee pula berkata, kenyataan terlampau Manoharan itu tidak boleh dipandang enteng kerana sanggup menjatuhkan maruah negara melalui penghinaan cukup besar terhadap Jalur Gemilang.

Justeru, DAP perlu segera membuat pendirian rasmi terhadap Manoharan dengan bertindak melucutkan jawatan beliau sekiranya parti itu benar-benar berjuang demi negara.

Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli pula menganggap Manoharan seolah-olah seorang pendatang asing yang baru tiba di Malaysia apabila 'terkejut' dengan rupa bentuk bendera yang dikatakan meniru bendera AS.

"Satu demi satu fakta sejarah mahu diubah dan dipertikaikan pembangkang. Jika kerajaan tidak menangani isu sebegini secara bijak, saya percaya tidak lama lagi ramai rakyat negara ini sakit jiwa dengan permainan politik mereka," katanya.

Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, tindakan Manoharan itu menunjukkan matlamat pembangkang adalah untuk membuang identiti kebangsaan negara serta membuka ruang untuk budaya asing menyelinap masuk.

"Sekiranya pembangkang memerintah satu hari nanti, tidak mustahil bagi mereka untuk membuang identiti kebangsaan negara ini yang telah dibina melalui keringat nenek moyang serta kepimpinan kita terdahulu."

 Sementata itu Pertubuhan Pembelaan Melayu Malaysia  (PPPMM) berkata , Manoharan perlu diusir keluar berikutan kenyataannya itu.

Presiden Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM), A. Rahman Mahadi berkata, kenyataan itu tidak boleh diterima sama sekali dan di luar batasan kebebasan bersuara yang tidak boleh lagi ditolak ansur.

“Tindakan segera perlu dikenakan dan sebaik-baiknya diusir atau dilucutkan kerakyatannya. Ini akan menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya tidak biadab.

“Sekiranya tidak dikenakan tindakan, selepas ini lebih banyak lagi perkara sensitif akan dipermainkan tanpa rasa bersalah atau bertanggungjawab terhadap negara,” katanya.


 Jumaat lalu, Manoharan dalam akaun Facebook miliknya menyatakan hasrat menukar Jalur Gemilang jika menang pilihan raya umum akan datang.

Manoharan juga enggan mengibarkan Jalur Gemilang di kawasannya kerana mendakwa bendera itu kelihatan seperti Barisan Nasional berbanding Malaysia.

No comments:

Post a Comment