My Add

Monday 14 November 2011

Anwar patut jangan subahat

AHAD, 13 November, 2011: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya bersubahat dengan mana-mana pihak termasuk Datuk S. Ambiga yang dikatakan terlibat dalam penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai seorang yang berpengetahuan dalam agama Islam, Anwar seharusnya mengelakkan diri daripada dikaitkan dengan penganjuran program seumpama itu.

"Dalam perkara yang subahat kita harus mengelakkannya. Dia (Anwar) seorang yang berpengetahuan dalam agama Islam, dia patut tahu apa pendirian yang patut dilakukan.

"Saya tak timbulkan perkataan bersekongkol, saya kata jangan subahat," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika ditemui pada Majlis Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V Ke-42 di sini, hari ini.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali pula berkata, Anwar dipercayai mempunyai agenda tertentu sehingga tidak sanggup menegur tindak-tanduk Ambiga dalam penganjuran program itu.

"Anwar tidak tegur tindakan Ambiga mungkin ada sebab-sebab tersirat yang kita tidak tahu, mungkin Anwar nak meraih political mileage (keuntungan politik) dengan menggunakan Ambiga," katanya.

No comments:

Post a Comment