My Add

Saturday 19 November 2011

Bajet Sabah untuk rakyat sejahtera

SABTU, 19  November, 2011: Kerajaan negeri memperuntukkan RM4.048 bilion bagi Bajet Sabah 2012 iaitu kenaikan RM979.62 juta atau 31.92 peratus berbanding belanjawan 2011 sebanyak RM3.1 bilion.

Menurut laporan media, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman semasa membentangkannya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam berkata, ia merupakan bajet yang mengambil kira keperluan dan kesejahteraan rakyat di seluruh negeri.

Menurutnya, anggaran perbelanjaan emolumen bagi 2012 adalah RM623.66 juta manakala perbelanjaan berulang (RM1.1 bilion) dan perbelanjaan khas (RM2.3 bilion).

Katanya, antara program yang mengalami peningkatan peruntukan ialah pelaburan ekuiti, pembayaran kepada konsesi air, bangunan kerajaan, perbelanjaan untuk penyediaan infrastruktur sokongan dan caruman kepada kumpulan wang pembangunan.

No comments:

Post a Comment