My Add

Saturday 5 November 2011

Banjir di Thailand: Harga barang basah di Kedah naik

SABTU, 05 november, 2011: Harga barang keperluan harian terutama barang basah di negeri ini seperti ikan, cili merah dan sayuran naik mendadak ekoran banjir besar yang melanda Thailand.

Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan peniaga memberi alasan pemborong terpaksa menaikkan harga barang kerana Thailand adalah pengeksport utama barangan berkenaan ke negara ini.

Di Pasar Besar Alor Setar, cili merah dijual pada harga RM13 hingga RM15 sekilogram (kg) berbanding RM8 sebelum ini.

Harga sayuran di pasar berkenaan bagi setiap kilogram ialah sawi RM3.50 (sebelum RM2.50), tomato RM5 (sebelum RM4), limau nipis RM5 (sebelum RM3), kacang bendi RM3 (sebelum RM1.50) dan timun RM3.50 (sebelum RM2).

Harga ikan sekilogram pula ialah bawal dijual pada harga RM6 (sebelum RM5), bawal hitam RM25 (sebelum RM22), jenahak RM30 (sebelum RM25), siakap RM25 (sebelum RM22) dan selayang RM8 (sebelum RM6). 

No comments:

Post a Comment