My Add

Wednesday 23 November 2011

Patuhi arahan berpindah: MB Terengganu

KANAK-KANAK di Kampung Tasik, Setiu, Terengganu ini terpaksa menggunakan bot selepas kampung mereka terputus hubungan selepas ditenggelami banjir akibat hujan lebat. Daerah lain yang terbabit ialah Besut dan Hulu Terengganu. - Foto BERNAMA

RABU, 23 November, 2011:
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengingatkan penduduk yang terlibat dengan banjir supaya segera berpindah bagi mengelak kejadian lebih buruk berlaku. Beliau juga meminta penduduk supaya menjaga keselamatan diri dan anak-anak mereka serta menyimpan dokumen penting di tempat selamat.

Dilaporkan terdapat penduduk yang enggan berpindah walaupun diminta berbuat demikian. Tiga daerah iaitu Setiu, Besut dan Hulu Terengganu telah dinaiki air dan ratusan orang telah berpindah. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment