My Add

Saturday 5 November 2011

Terus berkorban, tegakkan keadilan Islam: Hadi Awang

SABTU, 05 November, 2011: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru seluruh umat Islam di negara ini meneruskan pengorbanan demi menegakkan keadilan Islam.

Melalaui Harakahdaily, mewakili seluruh kepimpinan dan ahli Pas, beliau mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha, maaf zahir dan batin
kepada seluruh umat Islam di Malaysia. 

Abdul Hdi berkata, di zaman ini sudah jadi terbalik apabila pemimpin umat Islam mengorbankan agama untuk kepentingan diri dan duniawi.

"Maka menjadi tanggungjawab kepada kita untuk meneruskan pengorbanan dizaman ini, bagi memastikan tertegakkan keadilan Islam yang akan memayungi kesejahteraan hidup manusia pelbagai bangsa dan agama.

"Malanglah dizaman ini, ramai manusia mengorbankan agama untuk kepentingan diri dan duniawi sehingga membiarkan dunia terus rosak dengan jenayah, ekonomi, politik dan sosial yang pincang akibat mengenepikan syariat Allah," katanya.

Aidil Adha ujarnya, mengingatkan kita umat Islam tentang pengorbanan nabi-nabi terdahulu menegakkan agama Allah sehingga sanggup meninggalkan segala kemewahan dan keselesaan dunia.

"Nabi Ibrahim ujarnya berkorban dengan meninggalkan anak dan isterinya di kawasan yang kering. Begitu juga dengan Nabi Musa yang meninggalkan istana Firaun yang mewah dan juga junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang meninggalkan tanah air tercinta untuk menegakkan syariat Allah," katanya.


No comments:

Post a Comment