My Add

Sunday 19 February 2012

Ada gerakan guling kerajaan

Oleh AMRAN MULUP

MELAKA, SABTU, 18 Februari, 2012: Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi amaran Malaysia tidak akan terkecuali daripada menghadapi gerakan menggulingkan kerajaan sedia ada kerana terdapat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik di negara ini yang menerima sokongan kewangan dari Amerika Syarikat (AS).

Tegas beliau, sejak dahulu lagi AS memberi sokongan kewangan kepada mana-mana NGO dan parti politik bagi menggerakkan usaha untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak disukai oleh negara tersebut.

''Saya tidak hairan dan percaya ada NGO dan parti politik di negara ini sedang mengadakan gerakan untuk menukar kerajaan yang sedia ada.

''Kalau di Malaysia ia berlaku namun ini bukan perkara biasa buat AS. Memang kerja mereka adalah hendak menjatuhkan kerajaan yang tidak sokong mereka.

''Sebagai contoh, AS minta kita sekat perdagangan dengan Iran dan jika kita tidak berhenti, mereka akan ambil tindakan terhadap perdagangan Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Jelajah Aman, Wakaf Water For 4Gaza anjuran Yayasan Keamanan Dunia Perdana (PGPF) peringkat negeri Melaka di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Pengerusi PGPF, Tan Sri Norian Mai.

Jelajah Aman anjuran PGPF itu bertujuan mendapat sumbangan ikhlas daripada orang ramai melalui penjualan 1.5 juta botol air mineral bagi membantu penduduk Palestin di Gaza yang menghadapi kesulitan keperluan air minuman. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment