My Add

Sunday 19 February 2012

Bekas YDP WI, Tan Sri Kamsiah meninggal dunia

KUALA LUMPUR, AHAD, 19 Februari, 2012: Bekas Yang Dipertua Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Malaysia (WI) Tan Sri Kamsiah Abdul Majid, 90, meninggal dunia kerana sakit tua di Pusat Perubatan Universiti Malaya di sini hari ini.

Cucu Allahyarham, Sulaiman Idid, 41, berkata, Kamsiah meninggal dunia pada pukul 12.46 tengah hari tadi selepas dua minggu dimasukkan ke pusat perubatan itu kerana masalah pembekuan darah di tangan.

Allahyarham meninggalkan seorang anak perempuan dan empat orang cucu lelaki, katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, jenazah neneknya yang kini dibawa ke rumah emaknya di Taman Halimaton, Batu 3, Jalan Kelang Lama di sini akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang sebelum Zuhur esok.

Kamsiah, anak kelahiran Kuala Lumpur dan berkahwin dengan bekas Dekan Fakulti Pergigian Universiti Malaya Allahyarham Prof. Datuk Dr. Ibrahim Yassin merupakan seorang aktivis wanita semasa zaman kemerdekaan.

Sulaiman berkata, selain memegang jawatan penting dalam WI, neneknya itu merupakan wanita Malaysia pertama yang dilantik sebagai Naib Yang Dipertua Perkumpulan Perempuan Desa Sedunia (ACWW).

Allahyarham juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Pengasas Majlis Penasihat Kebangsaan Mengenai Integrasi Wanita Dalam Pembangunan (NACIWID) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita-Wanita Malaysia (NCWO), katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment