My Add

Sunday 5 February 2012

'Bonanza Amal Hope2Walk' bantu pesakit kerencatan otak

KUALA LUMPUR, AHAD,  Februari, 2012:Program Bonanza Amal Hope2Walk anjuran Islamic Aid Malaysia (IAM) dengan kerjasama Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM.fm) dan Jabatan Muzium Malaysia diadakan bagi mengumpul dana membantu membiayai kos perubatan seorang pesakit kerencatan otak atau cerebral palsy.

Presiden IAM, Zawahir Abdullah berkata, program yang diadakan hari ini membuktikan bahawa pihaknya prihatin terhadap keperluan masyarakat tempatan selain menyemai sifat semangat sukarelawan di kalangan masyarakat Malaysia.

"Adik An-Nur Mohd. Affandi, 9 tahun telah menghidap penyakit kerencatan otak sejak dari dalam kandungan lagi dan program ini bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi mendapatkan rawatan di Erkang Hospital, Beijing, China dan pendidikan khas di United Kingdom. Kos keseluruhan mencecah sehingga RM500,000.

"Pada program santai ini, pelbagai barangan terpakai seperti pakaian, barang perhiasan, buku-buku dan lain-lain peralatan dijual pada harga serendah RM2. Dengan hasil daripada jualan itu, akan disalurkan kepada adik An-Nur," katanya pada sidang akhbar selepas perasmian Bonanza Amal Hope2Walk, di sini hari ini.

Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan boleh salurkan kepada akaun IAM di nombor akaun 5640-7000-2424 (Maybank) atau akaun Mohd. Affandi Ramli 1561-1400-1424 (Maybank).

Orang ramai juga boleh hubungi talian 03-89485939 atau layari laman web www.iam.org.my. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment