My Add

Monday 6 February 2012

Elak siar laporan berunsur perkauman

KOTA KINABALU, AHAD, 05 Februari, 2012: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengingatkan pengamal media supaya mengelakkan menerbitkan dan menyiarkan laporan yang mempunyai unsur-unsur perkauman dan hasutan. 

Beliau berkata, laporan sedemikian akan memberikan kesan negatif ka atas perpaduan dan keharmonian yang sedang dinikmati pelbagai kaum etnik di Sabah.

"Saya gembira bahawa rakyat pelbagai kaum bersatu di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional. Pengamal media perlu berperanan sebagai wadah atau saluran komunikasi antara kerajaan dan rakyat," katanya dalam ucapan pada majlis sambutan Tahun Baru Cina Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA) di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment