My Add

Saturday 18 February 2012

Exco didakwa terbabit isu 'potong' habuan NGO elok bercuti

ALOR SETAR, SABTU,: Exco kerajaan negeri, Tan Chow Kang yang didakwa terbabit dengan isu pemotongan sebahagian daripada peruntukan kepada badan bukan kerajaan (NGO), disaran supaya bercuti untuk memudahkan siasatan terhadap kes itu dijalankan. 

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan negeri itu seharusnya perlu turut bertanggungjawab dan tidak boleh melepaskan diri begitu saja.

"Kalau Exco itu minta pembantu peribadinya bercuti, Exco itu juga harus bertanggungjawab dengan melakukan perkara sama supaya senang pihak berkuasa nak buat siasatan.
"Nampak tidak ada ketelusan. Perkara ini belum pernah berlaku dan ia membabitkan duit rakyat," katanya selepas majlis sambutan Maulidur Rasul di SMK Simpang Kuala dekat sini, semalam. 

Beliau berkata, pihak berkuasa juga diharap dapat menjalankan siasatan dengan segera bagi mengetahui sama ada perkara itu benar-benar berlaku seperti yang didakwa. 

Ahmad Bashah turut menyeru mana-mana NGO yang mengalami kes yang sama di negeri ini supaya tampil membuat laporan bagi memastikan perkara itu dapat dibendung pada masa depan. 

"Kenapa mereka perlu ambil balik wang peruntukan itu? Bukan setakat 30 peratus, satu peratus pun tak layak ambil sebab itu hak penerima," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment